Monday, August 26, 2013

Dugaan

Assalamualaikum,

Selamat pagi korang, sihat? Macamane dengan hari minggu korang? Best tak? Aku macam biasa meriah dengan open house :D..seperti biasa hari ISNIN pastinya mood *tingtong*..nak fokus sangat pada kerja macam dah lari ke mana ntah. Hilang arah tuju kejap **muahahahaha**..
Okay,entry aku hari ini nak cakap pasal kehidupan. Tak semua manusia akan sentiasa bernasib baik dalam dunia ne. Ada yang hidup penuh dengan dugaan, yang kadang-kadang boleh jadi give up. Berdosa tau kalau kita berfikiran macam itu.

Apa pun dugaan pada kita, kita harus redha dan bersyukur kerana allah sayang pada kita dengan diberi ujian dan dugaan sebegitu. Hindarkan lah dari sifat mengeluh sebaliknya senyum dan ikhlas menerima sesuatu dugaan itu. Kalau dulu, aku sangat mudah mengeluh dan rasa berat dugaan yang allah bagi pada aku. Tapi husband aku selalu pesan ~ berdosa bila kita selalu mengeluh, dah macam hilang pedoman. cuba bersyukur dan anggap dugaan itu sebagai sesuatu yang manis. bersyukur sebab kita insan terpilih~ sejak dari tuh, apa pun dugaan aku selalu tersenyum dan bersyukur. sekurang-kurangnya ada orang yang lebih hebat dugaannya tetapi mereka tetap boleh tersenyum berbanding aku neh..mari kawan-kawan walau berat dugaan yang allah bagi pada kita, senyumlah dan bersyukur pada allah..:)






Love,

Azila Azlen

No comments:

Post a Comment