Monday, October 7, 2013

Kesedaran Mengenai Kanser

Salam,

Apa itu kanser:-

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital.

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Adakah kita mempunyai kesedaran tentang kanser?? Ataupun kesedaran hanya apabila orang yang kita sayang dan kasihi menghidap penyakit kanser. Semenjak kebelakangan ne, semakin menular tentang penyakit kanser. Sometime kita tak mau ambil tahu, sebab kita rasa diri kita sihat,takde apa yang nak dirisaukan. Tapi tahu tak sebenarnya kanser semua orang ada potensi untuk dapat. Bagi aku kita cegah sebelum parah. Cuba melakukan pemeriksaan PSP dirumah. Tahu tak camne cara kita nak check? Korang boleh tengok cara-cara dibawah ne nanti. Bila dengar je kanser semua ingat mati, sebenarnya kalau kita dapat kesan awal in sha allah akan ada cara untuk merawatnya. So, kalau korang ada tanda-tanda dibawah ne, segera lah berjumpa doktor ye.

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA

Semasa mandi

Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda.

Berdiri di hadapan cermin

Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.

Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.

Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.

Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring

Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.


TANDA-TANDA AWAL

1. Benjolan
Benjolan ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara saja. Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius. Benjolan ini juga boleh didapati di permukaan ketiak, walaupun tidak selalu bermakna kanser—tapi ada baiknya diberikan pemeriksaan lebih lanjut.
2. Perubahan bentuk puting payudara
Puting tetek kelihatan rata, terbalik atau masuk ke dalam. Atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.
3. Keluarnya darah atau cairan janggal
Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting tetek. (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)
4. Perubahan warna kulit
Warna kulit payudara berubah warna menjadi kemerahan .
5. Perubahan tekstur kulit
Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.
6. Luka yang sukar sembuh
sering juga timbul luka yang sukar sembuh dan terasa panas seterusnya akan membengkak.
7. Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak
8. Adanya benjolan-benjolan kecil
9. Terasa sangat gatal di daerah sekitar puting tetek
10. Benjolan yang keras itu tidak bergerak ( terfiksasi )
Biasanya pada peringkat awal tidak terasa sakit.
Pada kebiasaannya jika benjolan itu kanser, ia hanya terdapat pada satu belah payudara sahaja.


Love,

Azila Azlen

No comments:

Post a Comment