Friday, September 27, 2013

Kelantangan atau Keceluparan

Salam,

Entry aku sangat simple dan sempoi. Sekarang aku nak bagi perbezaan antara Kelantangan ataupun Keceluparan. Bagi aku dua-dua maksud macam sama tapi sebenarnya TIDAK.KELANTANGAN bermaksud berani bersuara bagi sesuatu perkara tetapi tidak menyinggung mana-mana perasaan bagi yang hidup ataupun yang mati. Keceluparan pulak lebih kurang lantang tetapi lebih kepada bahasa sesuka hati mulut nak bercakap dan menyinggung perasaan sesama manusia. Bagi aku, situasi untuk kita menggunakan dua-dua perkara ini perlu diteliti dulu. Janganlah main hentam aje kan. Tak semua manusia sama dengan diri kita. Even rasa nak hentam orang sekalipun, tolong berhemah. Janganlah sesedap air tembikai mulut nak bercakap. Sebelum nak bercakap, fikir dulu kebaikan dan keburukan setelah apa yang kita cuba nak sampaikan. Kalau rasa benda lebih kepada keburukan, kita cuba elakkan. Hati manusia lain-lain. Even diri kita rasa kita betul, sebenarnya tidak sama sekali. Tiada manusia dimuka bumi allah ini yang sempurna. Ingat tuh!Bagi aku, aku marah atau bengang dengan sesiapa pun, aku akan lebih suka fikir dulu samada aku perlu atau tak melepaskan kemarahan itu. Tetapi sudah pasti aku lebih suka diamkan dan lupakan. Bak orang kata REDHA, yes aku memang redha dengan sesiapa sahaja yang mengguriskan perasaan dan hati aku walaupun dengan sebaris ayat. SENTAP?? memang pun, tapi aku tak suka nak amek "POT" sangat..sebab aku bukan kategori celupar semata-mata nak puaskan hati aku. NO,NO,NO..aku lebih mementingkan perasaan mereka berbanding perasaan aku. Senang dan tidak memeningkan kepala.Aku pun bukanlah manusia yang sempurna, ada salah dan silap yang aku sendiri tidak sedar..tetapi sekurang-kurangnya aku cuba tidak menyakiti sesiapa sahaja orang disekililing aku sebab aku sayang mereka..:D

Love,

Azila Azlen

No comments:

Post a Comment