Thursday, July 10, 2014

MEMORI SEMALAM

"Sempat lagi ke nak sampai ke raya "

Itu adalah bait-bait ayat terakhir yang aku kerap dengar dari arwah mak mentua aku. Bila bulan ramadhan datang, seringkali ayat-ayat tuh bermain dekat corong telinga.Plan raya tahun neh, memang turn beraya dengan mak mentua aku.Dah siap cakap dgn arwah " mak, nanti kita p wat gambar family ye". Angguk aje.

Rupa-rupanya arwah tahu dia nak pergi. Memang betul, memang tak sempat nak raya apatah lagi sambut bulan ramadhan. Allah lebih menyanyangi mak, aku redha. Cukup dia menanggung kesengsaraan selama ini.Aku yang sentiasa mengadap mak pun, rasa sakit nya camne. 

Arwah mak mentua aku, penghidap breast cancer stage 4. Sentiasa kami berikan dorongan kata-kata semangat pada arwah,alhamdulillah. Mak bukan seorang yang cepat mengalah. Bermacam-macam tempat berubat kami pergi. Samada tradisional mahupun moden. Janji allah itu pasti. Sehingga kini, aku masih terbayang,masih terngiang-ngiang,masih terasa dia masih ada.Aku diberikan peluang untuk menjaga arwah mak sepanjang dia terlantar. Aku mengambil cuti selama 2 minggu selepas tengok keadaan mak teruk. Setiap hari keadaan mak makin lemah,sehingga dah tak boleh bercakap. Segala-gala diuruskan oleh kami. Allah memberi aku peluang untuk berbakti dengan mak mentua aku,sehingga menghembuskan nafas terakhir dirumah. Allahuakbar.

Sedih,memang sedih. Tapi keredhaan itu perlu. Sebab semua orang akan mati.Takde manusia dekat muka bumi allah ini akan hidup dan takkan mati.Allah berikan aku pintu jalan dan dapat menjaga mak mentua aku sehingga nafasnya yang terakhir. Bersyukur sangat,even kalau mak aku sendiri sakit pun aku tetap akan buat sebagaimana aku buat pada mak mentua aku. MAK, tiada ganti. Hanya MAK, yg sentiasa ada bila kita sakit,sedih,susah, MAK sentiasa ada untuk kita. KITA sebagai anak, walau sibuk macam mana sekalipun, utamakan MAK & AYAH. Duit boleh dicari tapi MAK & AYAH kalau dah takde boleh diganti dengan nyawa tak?Walaupun kita dah kahwin,ada anak itu bukan alasan untuk kita tidak berbakti pada orang tua.Ingatlah. Sekadar renungan kita bersama.

Love,

Azila

No comments:

Post a Comment